Doa Akhir, Awal Tahun Hijrah di Daerah Belait




Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Hernie Suliana Haji Othman






BELAIT, Selasa, 16 Jun. - Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Pandan, Kuala Belait menjadi tumpuan bagi Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah 1448 bagi Peringkat Daerah Belait, lewat petang tadi.


Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.


Majlis turut dihadiri oleh Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad; penghulu dan ketua-ketua kampung; para pegawai kanan dan kakitangan kerajaan serta penduduk di Daerah Belait.


Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun yang dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid RPN Kampung Pandan, Awang Abdul Qayyum bin Haji Aminuddin yang seterusnya mengimamkan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah dan seterusnya memimpin bacaan Doa Awal Tahun Hijrah 1448.


Acara kemudian diselajurkan dengan Sembahyang Sunat Ba'diah dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah, diikuti dengan Doa Selamat bagi memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala supaya Negara Brunei Darussalam beroleh kemakmuran dan kesejahteraan serta terhindar daripada segala wabak penyakit dan bala bencana.


Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah tahun ini bertemakan 'Hijrah Penyelamat Akidah'.


Close